Ini adalah tulisan seorang pengikut blog ini dan dia minta ABK publish kan...ABK pun tak arif tentang bab ini...jadi apa pandangan dan komen pembaca yg lain???.....
Bila musim bola sepak Liga Inggeris, World Cup atau event apa saja yang dipancarkan secara langsung melalui TV, keesokan harinya ramai kaki2 bola ini meniru fesyen rambut idol pujaan mereka seperti Zidane, Ronaldo dan lain2.
Diantaranya mencukur habis rambut di kepala….
Tidak ketinggalan kanak2 pun selepas menonton rancangan animasi Upin dan Ipin, ikut2an membotakkan kepala.
Yang paling pelik bila kita sholat ke masjid dan ke surau ada juga jemaah yang berbuat demikian tanpa alasan syar’i. Katanya untuk lebih bersih dan menyejukkan kepala.
Dalam Islam rambut adalah anggota wudhu’. Dan tidak sah sholat tanpa wudhu’.Bahkan Rasulullah ingin sekali wudhu’ kaum muslimin lebih sempurna mengalahkan kaum hawa yaitu dengan mencelah-celahkan air ke dalam janggut.
Namun janggut pula tak ada. Padahal Nabi mewasiatkannya dalam hadits Muslim اعفاء اللحية وقصاالاظفار : “Peliharalah janggut, dan gunting/tipiskan misai…”
Dalam sunnah/contoh ikutan dari Nabi disyariatkan membotakkan kepala pada tiga keadaan:
1. Ketika haji dan Umrah
2. Ada gangguan kesihatan/penyakit di kepala
3. Bayi yang berumur 7 hari atau pada masa akikahnya.
Sabda Baginda من كان له شعر فليكرمه :”Barangsiapa yang memiliki rambut (yg terlepas dari 3 alasan diatas) maka wajib ia memuliakannya”.
Imam Munawi berkata, “Memuliakan rambut” yang dimaksud dalam wasiat Nabi ini adalah membersihkannya, merawatnya, memberi minyak, menyikatnya dan menutupnya. Dalam hal menutup kepala sunat bagi lelaki dan wajib bagi perempuan di dalam sholat dan di hadapan yang bukan mahramnya. (Lihat Faidul Qadir Syarh Al-jami’ush shaghir. Mustafa Muhammad 1352, juz 6 m/s 208)
Berkata Abdullah Bin Umar radhiallahu anhuma
من تسبه بقوم فهومنهم yang maknanya : “ Barang siapa yang meniru-niru suatu kaum maka dia termasuk kaum itu.”
من تسبه بقوم فهومنهم yang maknanya : “ Barang siapa yang meniru-niru suatu kaum maka dia termasuk kaum itu.”
jgn org pompuan pon terikut2
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTkasih atas usaha perkongsian maklumat ini.
kata mak, saya tak pernah botak even selepas dilahirkan dulu..saya merupakan cucu perempuan pertama...mak sedara tak bagi cukur, dia cakap anak pompuan, x yah botak la...x cun x da rambut...sekarang, rambut saya paling tak sehat berbanding adik2...rambut nipis dan mudah gugur...hmmm...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebotak kepala kini sudah menjadi tred ..