Followers

Tuesday, 29 May 2012

Diluah mati emak, ditelan mati bapak!!!!.....

Lama betul rasanya tak update blog, ehmm apalagi kalau bukan sebok,semenjak berpindah kerja ni aku dah tak dpt lagi meluangkan masa utk meng up-date blog aku ni sebabnya aku memang sebok (bukan tipu betullll....aku sebok...hehehe). Kerja kat tempat baru ni memang memerlukan aku mengorbankan semua masa terluangku selama ini, kalau dulu pukul 5.15 aku dah sampai kat rumah (sebab tempat kerja lama 5 minit perjalanan kerumah ku aje) tapi sekarang kalau belum gelap takan aku sampai kat rumah. Walau begitu aku tetap bahagia dengan tugas dan kerja ditempat baru aku ni, selain dapat pengalaman baru otak juga mula berkerja tanpa henti (he he he walaupun selama ini tak berhenti berangan nak kaya, jadi cantik, berpangkat, baik budi, kurus dan bla bla bla heheeh!!!..).

Ok, aku bukan nak cerita pasal tempat kerja baru aku tapi aku nak citer kisah seorang sahabat aku ni yang dari dulu memang aktif berkecimpung dlm politik, tapi bukan pada sebelah kerajaan tapi sebelah pembangkang...addict tegar pulak tu  (itulah yg org kata ye kalau masuk parti selain parti tut tit tet ...aku tak nak ckp kang org kata aku berat sebelah ini dan itu, aku ni atas pagar je...aku sokong mana yg betul je macam lalang tapi sekrg ni makin teruk aku ni ditiup angin).

Nak dijadikan cerita kawan aku ni sekrg sdg sambung belajar di sebuah U...yg lucunya assigment yg dia dpt pada kali ni katanya betul2 membakar hatinya nak tahu apa?...assigment dia kali ni kira harus membodek dan memuji pemimpim yg mmg dia "ANTI" sangat2.....bukan sebb paras rupa tapi sebb ehem ehem katanya...aku dengar je le!!!.

Ha ha ha markah pulak merangkum 50% tu....aku memang tergelak besar lah bila member aku tu ckp mcamana aku nak buat ni???...rasa nak bakar2 je tajuk terbaru ni!!....aku punya la gelak nak pecah perut...aku nasihatkan dia kau buat aje apa yg terbaik mengikut pandangan kau sebagai pelajar...jangan campur adukkan pandangan dan kepercayaan politik kau dalam hal2 macam ni.....nanti kalau kau ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa...ini soal lulus tak lulus takan kau sanggup tak lulus utk subject ni???.....hahaha aku tergelak lagi...kau tanggunglah ye...sebab tu siswa takdi bernarkan berpolitik sebab akan menganggu pembelajaran mereka...hahaha itu kata aku la...tapi ada aku kesah... kalau kau tak kisah biar aku buatkan ajelah asigment kau tu...aku ok je!!!!boleh aku buat jadi macam kueh bom...baling2 meletup."kepabooaa" ... hahahaha "selamat belajar"



Sunday, 6 May 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, 3 May 2012

Bila orang kecil bersatu....

Dah tiga hari Port Klang Jem!!!...tahu kenapa sebab pemandu semua "MOGOK" atas kenaikan harga DGC (depoh gate charges) yg dikenakan kepada para pemandu (tapi ditanggung oleh majikan).. atas pengambilan kontena2 didepoh yang telah ditetapkan oleh shipping company. ABK yg bekerja dalam Haulier company tahu jugak lah sebb purata sebulan charge yang ditanggung oleh Company adalah sekitar RM20ribu untuk charge RM5 ini saje...bayangkan kalau dinaikan sampai RM18....

Pemandu2 membantah kenaikan yang dulunya charge cuma RM5 tetapi sekarang naik hingga RM18 atas perkhidmatan yang ntah apa2 yang diberikan....cuba bayangkan untuk mengambil sebiji kontena pemandu kena tunggu sehinga 4jam???....lepas tu nak charge mahal2....."WTS" la....

Memang kesian la kepada pemandu2 ni mungkin kesabaran diaorg dah sampai hujung tanduk kot....lepas puas komplem servis lambat tapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak depoh mungkin ini time yg terbaik mereka buat macam tu.....ratanya2 rakyat Mlaysia ni penyabar orangnya selepas dah berbincang baik2, minta perubahan, sabar & sabar & sabar tapi tak dilaksanakan maka bila dah "mogok" mcm ni diadakan barulah nak terkangkang2 ambik tindakan untuk memperbetulkan keadaan.....ehmmm macam biasa aje aku dengar dengan keadaan ini!!!..hehehe sendiri tafsirlah ye...

Macam2 kes ada terjadi...siapa Haulier company yang tetap menjalankan aktiviti saje cari nahas namanya...ada juga Prime mover yang kena pecahkan, ada banyakkkkk woooo.....tapi yang bestnya Polis dengan baiknya )bukan kata sindiran tau) menjalankan tugas...tak ada kes2 pemedih mata dilepaskan walau keganasan melibatkan harta benda ada berlaku....

Tapi yang besnya MOGOK ini takan berakhir selagi tuntutan mereka tidak diterima...berita terakhir yang diterima mungkin charge RM5 tetap dilaksanakan....kita tengok itu baru 3000 pemandu buat tuntutan...bayangkan kalau rakyat yang buat tuntutan macam ni...tak terkentut orang atasan....fikir fikirkanlah....


 





Terbaik la brother...semuga berjaya!!!


3,000 pemandu lori kontena mogok, tuntut caj depoh dihapus

(Oleh Norutul Ilham)
PELABUHAN KLANG 3 Mei: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama Lembaga Pelabuhan Klang didesak mengambil tindakan segera berhubung tuntutan pemandu lori kontena di sekitar Pelabuhan Klang.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, tindakan itu bagi membela hak mereka yang tertindas.
Katanya, seramai 3,000 pemandu berkumpul semalam menyatakan bantahan dan mogok untuk tidak memandu selagi masalah berkenaan tidak diselesaikan.
“Mereka rasa teraniya kerana pemandu lori kontena tidak diberikan kemudahan dan hak oleh mana-mana badan berlainan dengan pemandu lori biasa.
“Gaji mereka hanya mengikut perjalanan yang mampu dijalankan setiap hari, gaji yang mereka terima bawah RM1,500,” katanya kepada Suara Keadilan.
Kata beliau, kumpulan tersebut turut menuntut penghapusan Caj Pintu Depoh (DGC) oleh kerajaan kerana membebankan mereka yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri setiap hari.
“Memang tidak logik kerana setiap kali menghantar kontena untuk mengangkat dan menurunkan kontena, pemandu dikenakan caj masing-masing RM18, bermakna pemandu kena bayar RM36.
“Bayangkan jika pemandu boleh buat trip sebanyak 10 kali, bermakna kosnya terlalu besar. Ini belum lagi termasuk bayaran tol, mereka kena keluarkan duit sendiri,” katanya.
Susulan itu, Azmizam memberitahu pemandu juga menuntut gaji minimum RM900 yang diumumkan Perdana Menteri supaya dilaksanakan juga kepada mereka.
“Pemandu menuntut supaya Najib laksanakan segera, jangan nanti mereka dipinggirkan pula,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29869




Friday, 27 April 2012

Sepertiga malam.....

Dah lama aku tak menulis kat blog ni sebabnya banyak....yang paling besar excuse yg aku boleh kasi adalah "NO IDEA"...so hari ni aku nak citer pasal anak aku yang bongsu sekalilah...

Jujur aku katakan aku ni memang bukan orang yg selalu bangun waktu tengah malam dan melakukan sholat sunat....apalagi kalau pukul 3-4 pagi.....maklumlah pukul 5.30 dah nak kena bangun lagi...mengantok woo...tapi kebelakangan ini anak aku si "Yaya" 3 tahun asyik kejutkan aku. Tahu apa yg dia nak??...sebelum tidur kebiasaan Yaya ni akan baca doa tidur dan doa tambahan dia adalah doa untuk "Mama dan Papa"!!!...Rasanya doa tidur dia tentu semua tahukan!!!...Yaya akan baca siap dengan terjemahannya sekali...tapi untuk doa "Mama dan Papa" dia senang je doa untuk ibubapa lah hehehe...tapi sebab doa budak2 ni insyaallah makbul akupun tambahlah lagi dgn murahkan rezeki dan adalah dua tiga permohonan lagi...sambil menyelam minum air heheheh. kebiasaannya Yaya tidur dulu barulah aku dpt melepkan mata ni, takut gak dia merayau2 kebilik air pulak!!....

Tapi semenjak main laptop ni Yaya tidur selepas aku atau dia terlelap dulu sebb dah penat!!....maka dia akan bangun pada pukul 3-4 pagi kejutkan aku untuk  baca doa ni ataupun dia ajak sholat....adoityai....bila sepertiga malam bangun terus baca doa....hehehehe apalagi tersasul la walaupun mata terpejam tapi kugagahkan jugak mengingatkan bacaan doa tu kalau tak dilayan kang Yaya merajuk dan menangis.....kadang2 nak marahpun ada tapi bila dipikir2kan balik kira bertuah aku dapat anak macam Yaya yang bangun tengah malam bukan untuk minta susu tapi membacakan doa untuk diriku dan ayahnya....semoga Yaya begitu sehingga dia besar nanti...amin!!!..... 

p/s: teringat lagu Indonesia tapi dah lupa tajuknya.....
"bangunkan ibu suruh sembahyang
Jadilah anak yang disayang"...

Yaya...yaya dah pandai eja nama dia dah sekarang...
Y Eya Y eya...Yaya....
kalau Mama pulak?...Y ema Y ema ...Mama...
Kalau Papa?....Y epa Y epa....Papa
apapun Yaya eja mesti ada huruf Y tu hahahaha hampeh....